Kwang Soo cedera akibat kemalangan jalan raya

Agensi Lee Kwang Soo mendedahkan pada Selasa lalu bahawa bintang program realiti Running Man itu mengalami kecederaan dalam kemalangan kereta pada Sabtu lalu.

Menurut Soompi, dia kini berehat sementara waktu daripada semua aktiviti yang sudah dijadualkan termasuk penggambaran Running Man.

Lee Kwang Soo menjalani pembedahan pada petang Selasa lalu.

Pekara itu disahkan oleh agensinya Kingkong by Starship.

“Pada petang 15 Februari (Sabtu), Lee Kwang Soo, yang dalam perjalanan ke tempat kerja dilanggar oleh sebuah kereta yang melanggar lampu isyarat.

“Selepas mendapatkan rawatan, selebriti itu disahkan patah pada bahagian pergelangan kaki kanannya.

“Dia kemudian dihantar ke hospital dan menerima rawatan susulan.

“Dia juga tidak dapat menyertai aktiviti yang telah dijadualkan. Kami akan berkongsi tentang kesihatannya. Dia akan fokus kepada rawatan pemulihan” ujar agensinya. – Agensi

Kwang Soo mengalami kecederaan di bahagian pergelangan kaki kanannya akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya. – Agensi