Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Kwang Soo, Woo Bin jadi pekerja pasar raya?

    Pelakon terkenal Korea, Kim Woo Bin dan Lee Kwang Soo kini bekerja di pasar raya.

    Bagaimanapun jangan salah faham, sebenarnya mereka berdua hanya bekerja kerana diupah sebagai pekerja sambilan di pasar raya yang dikendalikan oleh Jo In Sung dan Cha Tae Hyun dalam episode terbaharu program Unexpected Business 2.

    Lebih melucukan, Woo Bin dan Kwang Soo tidak mengetahui langsung tentang perkara itu dan terkejut sebaik sahaja tiba di lokasi tersebut.

    “Saya rasa ada sesuatu yang tak kena tentang perkara ini, adakah kamu telah menipu kami? Adakah kami telah ditipu?” soal Woo Bin.

    Bagaimanapun In Sung dengan spontan memohon maaf kerana terlalu sibuk dan tidak sempat menyambut mereka sebagai tetamu.

    “Saya minta maaf kerana tidak dapat menyambut awda dengan lebih baik kerana sekarang adalah waktu sibuk,” ujarnya selamba. – Agensi

    Kim Woo Bin dan Lee Kwang Soo hanya bekerja kerana diupah sebagai pekerja sambilan di pasar raya yang dikendalikan oleh Jo In Sung dan Cha Tae Hyun dalam episode terbaharu program Unexpected Business 2. – Agensi

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...