Kwon Mina kembali aktif Instagram selepas cuba bunuh diri kali kedua

Bekas anggota AOA Mina kembali aktif dalam laman media sosial Instagram miliknya dengan membuat hantaran pendahuluan yang memaklumkan dia berada dalam keadaan baik selepas membuat cubaan bunuh diri pada 29 Julai lalu.

Mina atau nama sebenarnya Kwon Min-ah mengalami pendarahan yang teruk dan dikejarkan ke hospital.

Susulan insiden itu, dia menutup akaun instagramnya dan mengaktifkan semula pada 3 Ogos lalu.

Meskipun ramai warganet dan para peminat memberikan komen positif serta memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi tersebut terdapat juga yang memberi komen negatif.

Ini merupakan kali kedua Mina melakukan cubaan bunuh diri, dia pernah melakukan perkara sama pada Ogos tahun lalu.

Mina berdepan pelbagai kontroversi termasuk pernah bercinta dan ditipu seorang lelaki yang sudah mempunyai kekasih. – Agensi

Kwon Mina beberapa kali membuat percubaan bunuh diri namun sempat dikejarkan ke hospital. – Agensi