Sunday, August 14, 2022
25.2 C
Brunei

Kyiv diserang semasa lawatan Guterres

-

KYIV, 29 APRIL – Tentera Rusia mengebom ibu negara Ukraine lewat Khamis ketika Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dalam rangka lawatan ke wilayah itu.

Guterres antara pemimpin yang mengecam pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dengan menyifatkan sebagai tidak masuk akal pada abad ke-21 ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden meminta AS$33 bilion lagi untuk menyokong Kyiv.

Sekurang-kurangnya tiga orang cedera dalam serangan di bahagian barat bandar itu. Ia juga serangan pertama di ibu negara dalam tempoh hampir dua minggu dan berlaku selepas Guterres melawat Bucha dan pinggir bandar lain yang mana Moscow didakwa melakukan jenayah perang.

Pendakwa raya Ukraine berkata, mereka sedang menjalankan siasatan ke atas 10 askar Rusia kerana disyaki melakukan kekejaman di Bucha, yang mana berpuluh-puluh mayat berpakaian awam ditemui selepas Moscow berundur dan telah mengenal pasti lebih 8,000 kes jenayah perang. Kes itu membabitkan pembunuhan orang awam, pengeboman infrastruktur awam, penyeksaan dan jenayah seksual yang dilaporkan ketika pendudukan Rusia di pelbagai bahagian di Ukraine, kata ketua pendakwa raya, Iryna Venediktova kepada saluran televisyen Jerman.

Di kawasan kediaman di Kyiv, wartawan AFP melihat satu bangunan terbakar dan asap hitam memenuhi ruang udara. – AFP

Seorang pekerja berdiri di tengah runtuhan bangunan yang rosak di Kyiv kelmarin, selepas serangan Rusia ke atas Ukraine semasa lawatan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres. – AFP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -