Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Kylie Jenner dikecam warganet dan PETA

    Kylie Jenner mendapat kecaman dari warganet dan organisasi pencinta haiwan, PETA, setelah Kylie mengenakan pakaian gaun yang memakai hiasan kepala singa ketika menghadiri sebuah pertunjukan fesyen koleksi musim panas Schiaparelli Haute Couture di Perancis.

    Walaupun bukan kepala singa yang asli tetapi hasil seni buatan tangan, ia telah mencetuskan keriuhan di media sosial kerana telah dianggap kejam dan seolah-olah menyokong tindakan memburu haiwan liar untuk digunakan sebagai fesyen.

    Dalam catatan pertunjukan tersebut, disebutkan bahawa inspirasi koleksi ini datang dari Inferno yang ditulis oleh seorang penyair Itali, Dante Alighieri.

    Dalam karya yang ditulis di abad ke-14 ini disebutkan keberadaan tiga makhluk buas, yang diangkat dalam koleksinya iaitu harimau bintang, harimau, dan perempuan serigala. – Agensi

    Kylie Jenner dikecam oleh warganet dan PETA kerana mengenakan pakaian gaun kepala singa ketika menghadiri sebuah pertunjukkan fesyen. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...