Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Kylie Jenner dituduh cemarkan alam

    Bintang realiti Kylie Jenner menerima kritikan hebat apabila menggunakan jet peribadi miliknya menuju ke destinasi yang hanya memakan masa tiga minit atau 40 minit dengan memandu kereta.

    Pengikut mula menghentam Kylie selepas jutawan itu memuat naik gambar dirinya dan pasangan, Travis Scott bersama jet peribadi masing-masing dan kereta mewah Rolls Royce milik mereka dalam laman Instagram.

    Kemarahan itu timbul ekoran ramai merasakan Kylie bersikap bongkak tanpa mempedulikan tentang pencemaran udara yang semakin meruncing di seluruh dunia.

    “Kenapa saya perlu mengurangkan pengambilan daging dan menggunakan penyedut minuman plastik manakala ada orang mencemarkan udara dengan karbon dioksida untuk perjalanan tiga minit ke Palm Spring?

    “Tidakkah dia sedar bahawa dunia semakin tenat dengan masalah pencemaran dan pemanasan global?,” tulis pengikutnya di ruang komen gambar tersebut.

    Disebabkan perkara itu, warganet mula membongkar sejarah perjalanan penerbangan Kylie yang rupa-rupanya mempunyai tabiat menggunakan jet peribadi untuk destinasi singkat.

    Kylie didakwa pernah menggunakan jet peribadinya untuk ke destinasi yang hanya memakan masa 15 minit penerbangan selain ke Van Nuys ke Camarillo yang hanya mengambil masa tiga minit.

    Mogul kecantikan itu dilaporkan membeli jet peribadi Bombardier BD-700 itu dengan harga AS$72.8 pada 2019 yang boleh menghasilkan dua tan karbon dioksida dan lima hingga 14 kali lebih mencemarkan berbanding pesawat komersial biasa. – Agensi

    Kylie Jenner teruk dikecam peminat gara-gara jet peribadinya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...