Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Kylie Jenner selamat bersalin anak kedua

    Personaliti terkenal Kylie Jenner mengumumkan dia sudah melahirkan cahaya mata kedua pada 2 Februari lalu.

    Kylie berkongsi berita gembira itu menerusi laman sosial Instagram miliknya hari ini dengan memuat naik foto dia memegang tangan anak damitnya.

    “2/2/22,” tulis Kylie secara ringkas menerusi kapsyen di perkongsian tersebut.

    Rata-rata peminat dan rakan selebriti mengucapkan tahniah kepada Kylie dan pasangannya, penyanyi Travis Scott atas kelahiran anak damit mereka.

    Bagaimanapun, adik kepada model terkenal Kendall Jenner itu tidak berkongsi lebih lanjut mengenai anak keduanya itu.

    Untuk rekod, Kylie dan Travis sudah mempunyai seorang anak bernama Stormi yang kini berusia empat tahun. – Agensi

    Kylie Jenner mengumumkan dia sudah melahirkan cahaya mata kedua pada 2 Februari lalu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...