Kylie Jenner ukir nama anak pada kereta Rolls Royce

Bintang sensasi Kylie Jenner mengukir nama anak perempuannya, Stormi Webster pada kereta jenama Rolls Royce miliknya.

Tulisan “Stormi’s Mom” atau Ibu Stormi diukir di antara logo dan teks yang tertulis ‘special build’ bermaksud binaan khas kereta mewah tersebut.

Di antara kesemua kereta mewah yang dimiliki usahawan kosmetik itu, Rolls Royce Wraith direka khas ini bernilai AS$320,000 (RM1.3 juta).

Bagaimanapun, Kylie dilaporkan memiliki beberapa buah kereta model sama dan ini kemungkinan model Wraith berwarna hitam berdasarkan rekaan dalaman.

Foto ukiran itu dikongsikan Kylie di Instagram miliknya baru-baru ini namun telah dipadam.

Selain Rolls Royce Wraith, Kylie turut memiliki Rolls Royce Phantom, Mercedes G-Wagon, Ferrari LaFerrari, Ferrari 458 Italia, Lamborghini Aventador SV, Mercedes Maybach, Range Rover, Ferrari 488 Spider, dan Bugatti Chiron.

Namun, rata-rata peminat Kylie meluahkan rasa kecewa terhadap selebriti rancangan realiti itu yang terlalu menunjuk-nunjuk kemewahannya kerana masih ramai tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyara hidup mereka. – Agensi

Kylie Jenner telah mengongsikan foto di Instagramnya bahawa dia mengukir nama anak perempuannya, Stormi Webster pada kereta jenama Rolls Royce miliknya. – Agensi