Tuesday, September 26, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Kylie tukar nama anak lelaki

    Kylie Jenner (gambar) mendedahkan bahawa dia dan Travis Scott telah menukar nama anak lelakinya dan namanya bukan lagi Wolf kerana mereka rasa namanya tidak sesuai
    dengannya.

    Kylie Jenner mendedahkan beberapa berita besar mengenai nama anak lelakinya yang berusia satu bulan. Sementara pada mulanya dia mengumumkan nama anak lelakinya ialah Wolf Jacques Webster, namun kini namanya telah ditukar. Ibu kepada dua anak itu berkongsi berita itu di Instagram Story. “Untuk maklumat semua, nama anak lelaki kami bukan Wolf lagi,” kongsinya. “Kami rasa ia tidak sesuai dengannya. Hanya ingin kongsi kerana saya asyik lihat Wolf di semua tempat.”

    Namun Kylie tidak mengongsikan nama baharu anaknya. Dia mungkin belum membuat keputusan atau hanya ingin merahsiakannya untuk sekarang. Apa-apa pun, ia tidak lagi mengingatkan semua mengenai anjing liar.

    Mungkin dia akan memilih Angel, nama yang dijangka diberikan oleh peminatnya sebelum mengumumkan nama Wolf.

    Sementara Kylie belum berkongsi banyak mengenai kehamilannya sehingga sekarang, adalah jelas dia bersedia untuk berkongsi kisahnya.

    Baru-baru ini dia bercerita tentang bagaimana dia bergelut dengan isu selepas bersalin.

    “Saya hanya ingin berkata bahawa pengalaman selepas bersalin bukan senanag,” kata Kylie dalam video Instagram pada 15 Mac. “Ia amat sukar.”

    Anaknya, sebelum ini dikenali sebagai Wolf, lahir pada 2 Februari 2022. Dia mengumumkan berita gembira itu dengan berkongsi gambar dia memegang tangan anak lelakinya. Anak lelaki Travis dan Kylie mempunyai kakak berusia tiga tahun bernama Stormi Webster. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun lulus ubat Alzheimer oleh Eisai & Biogen

    TOKYO, 26 SEPT - Kementerian kesihatan Jepun pada kelmarin meluluskan pengeluaran dan penjualan ubat untuk penyakit Alzheimer yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Jepun Eisai...