Tuesday, April 16, 2024
36 C
Brunei

    -

    Kyrgios cetus kemarahan Tsitsipas

    LONDON, 3 JULAI – Stefanos Tsitsipas mengatakan kelmarin bahawa Nick Kyrgios mempunyai ‘sisi jahat’ selepas pertembungan sengit di Wimbledon baru-baru ini di mana pemenang dari Australia itu menggesa lawannya dari Greece supaya disingkir keluar daripada kejohanan tersebut.

    Perlawanan yang dipenuhi dengan adegan kemarahan itu membelenggu baki aksi pada hari keenam, yang termasuk berakhirnya 37 kemenangan berturut-turut bagi Iga Swiatek dan kemenangan rutin bagi Rafael Nadal.

    Kyrgios mencipta kemenangan 6-7 (2/7), 6-4, 6-3, 7-6 (9/7) dalam perlawanan pusingan ketiga yang penuh drama di Court One kelmarin.

    Perlawanan menjadi kecoh apabila Tsitsipas yang kecewa mula memukul bola ke arah penonton selepas tewas pada set kedua.

    Kyrgios lantas memberitahu pengadil bahawa Tsitsipas harus diusir keluar dari Wimbledon.

    Reaksi Nick Kyrgios semasa perlawanan perseorangan lelaki pusingan ketiga pada hari keenam kejohanan tenis Wimbledon di London kelmarin. – AP

    Dia terus bercakap dengan pengadil semasa perlawanan berlangsung dan tindakannya itu meresahkan Tsitsipas.

    Tsitsipas diberi amaran mengenai insiden tersebut dan kemudiannya menjatuhkan mata penalti ke atasnya kerana memukul bola dalam kekecewaan ke arah belakang gelanggang lawan.

    Insiden itu berlarutan hingga ke sidang akhbar selepas perlawanan, dengan pilihan keempat, Tsitsipas, berkata bahawa perlawanan tersebut berasa seperti ‘sarkas’.

    “Dia membuli pihak lawan,” kata pemain Greece itu, yang mengaku cuba memukul bola ke arah Kyrgios.

    “Tiada pemain lain yang pernah bertindak seperti ini. Tiada pemain lain yang merasa seperti ini dan kecewa sepanjang masa dengan sesuatu,” luahnya.

    Kyrgios hanya mentertawakan tuduhan Tsitsipas itu dan menyifatkan lawannya sebagai ‘lembut’. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...