Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Kyrgios tarik diri dari Terbuka Jepun

    TOKYO, 7 OKT – Nick Kyrios menarik diri daripada kejohanan Terbuka Jepun beberapa minit sebelum suku akhir disebabkan mengalami kecederaan lutut kiri, menggelar keputusan tersebut ‘amat menyedihkan’ namun berkata ia diambil dengan niat baik.

    Bintang Australia itu telah dijadual beraksi melawan pemainan pilihan ketiga Amerika Syarikat (AS) Taylor Fritz, yang akan mara ke separuh akhir pada Sabtu.

    Pada sidang media yang diumumkan secara tergesa-gesa pada masa apabila kejohanan dijangka bermula, pemain nombor 20 dunia, Kyrgios berkata dia ‘telah bermain tenis yang menakjubkan sepanjang tahun’ tetapi ia amat meletihkan dari segi fizikal.

    “Sebenarnya saya telah berdepan isu lutut pada masa Terbuka AS, dan selepas pulang, saya mungkin tidak mengambil masa yang cukup untuk berehat, secara terus-terang, saya kembali menjalani latihan sejurus selepas perlawanan,” katanya.

    “Keputusan amat menyedihkan. Apabila tubuh badan tidak dapat meneruskannya, ia bukan perasaan yang bagus.”

    Pemain berusia 27 tahun itu, pilihan kelima di Tokyo, menganggap keputusan satu ‘pilihan yang bijak untuk badan saya’ dengan beberapa acara berbaki pada tahun ini, dan berjanji akan kembali ke kejohanan Jepun pada 2023.

    Kyrgios menewaskan pemain Poland Kamil Majchrzak 3-6, 6-2 dalam pusingan kedua semalam. – AFP

    Nick Kyrgios mengembalikan bola ketika menentang Kamil Majchrzak pada perlawanan perseorangan di kejohanan Terbuka Jepun di Tokyo pada 6 Oktober 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...