Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Kyrgios tersingkir di separuh akhir Terbuka AS

    NEW YORK, 7 SEPT – Nick Kyrgios berkata perasaannya ‘hancur’ selepas mengalami kekalahan menentang Karen Khachanov di suku akhir Terbuka AS, kelmarin.

    Pilihan ke-27 dari Russia, Khachanov menang dengan keputusan 7-5, 4-6, 7-5, 6-7 (3/7), 6-4 ke atas naib juara Wimbledon itu untuk mara ke separuh akhir pada kejohanan utama buat kali pertama.

    “Saya jelas kecewa. Tetapi semua pujian harus diberikan kepada Karen. Dia seorang pejuang. Dia seorang pahlawan,” kata Kyrgios, yang telah menyingkirkan juara bertahan dan pemain nombor satu dunia Daniil Medvedev dalam pusingan 16 terakhir.

    “Perasaan saya hancur. Cuma rasa seperti memenangi semuanya atau tidak sama sekali, sejujurnya.

    “Saya rasa saya baru sahaja gagal dalam kejohanan ini sekarang. Itulah yang dirasakan.”

    Kyrgios dijadual bermain di Tokyo pada awal Oktober tetapi dia mengakui sukar untuk mendapatkan semangat untuk kembali ke pusingan jelajah.

    “Sejujurnya saya langsung tidak mengambil berat tentang mana-mana kejohanan lain.

    Saya rasa seperti di Grand Slam, kini berjaya ke Grand Slam, sama seperti tiada kejohanan lain yang penting,” tambahnya.

    “Saya rasa hampir setiap kejohanan lain yang diadakan tahun ini adalah seperti membuang masa sahaja.

    Awda hanya perlu berusaha dan membuat penampilan di Grand Slam. Itulah yang akan diingati.”

    Sebelum perlawanan tersebut, Kyrgios mencatatkan kemenangan paling banyak, iaitu 26 kali sejak permulaan musim perlawanan di gelanggang rumput kembali pada bulan Jun, berbanding pemain lain.

    Dia dilihat sebagai salah seorang pemain pilihan untuk memenangi gelaran di New York selepas kekalahan pusingan keempat di tangan Rafael Nadal dan ketiadaan Novak Djokovic yang menewaskannya di final Wimbledon. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...