Kyrgios tunaikan janji beri bantuan

SYDNEY, 12 APRIL – Pemain bintang tenis Australia, Nick Kyrgios telah menunaikan janjinya untuk membantu individu yang memerlukan ketika perintah berkurung akibat koronavirus, dengan imej dari media sosial menunjukkan kotak-kotak berisi barang-barang keperluan siap sedia untuk dihantar.

Pemain kontroversi, Kyrgios, seorang yang terkenal dengan kelantangan dan keghairahan di atas padang, berkata minggu lalu bahawa dia sendiri akan turun untuk menghantar makanan ke depan pintu rumah selepas sekatan COVID-19 menutup keseluruhan kilang-kilang, memaksa ramai pekerja diberhentikan di seluruh Australia.

“Sila jangan tidur dengan keadaan perut kosong,” Kyrgios, pemain ranking ke-40 dunia, memuat naik paparan menerusi media sosial Instagram.

“Tidak perlu berasa takut atau malu untuk menghantar pesanan terus kepada saya. Saya akan merasa gembira untuk mengongsikan apa yang saya ada.

“Walaupun hanya satu kotak mi, satu bantal roti atau susu. Saya akan menghantar ke depan rumah pintu anda, saya tidak akan bertanyakan soalan!” katanya dalam paparan yang telah menerima 100,000 tanda ‘suka’.

Ibunya, Norlaila kyrgios, yang dipaparkan di dalam Instagram minggu lalu sekeping foto sebuah meja yang penuh dengan makanan – termasuk roti, buah-buahan dan makanan dalam tin – dengan kapsyen ‘bilik ruang makan atau pusat pembahagian makanan’.

Imej pemain bintang tenis berasal dari Canberra menerusi Instagram story dikongsikan dalam laman web News Corp menunjukkan banyak kotak-kotak berisi barang-barang keperluan dengan kapsyen ‘penghantaran sedang dijalankan’. – AFP

Nick Kyrgios telah menunaikan janji untuk membantu individu memerlukan ketika perintah berkurung akibat koronavirus. – AFP