BISHKEK, 26 OKT – Menteri Kesihatan Kyrgyzstan, Alymkadyr Beishenaliev, berkata negara ini sedang menghadapi gelombang kedua COVID-19, lapor agensi berita Kabar.
Beliau berkata lebih 500 kes baharu didaftarkan setiap hari.
“Kita sedang berdepan gelombang kedua COVID-19. Untuk mencegah situasi seperti ini di musim panas, kami sudah mengambil semua langkah diperlukan.
“Sukar untuk mengatakan bilakah waktu sebenar kemuncak jangkitan kerana suasana politik, demonstrasi, tempoh kempen yang memberi kesan negatif terhadap situasi epidemiologi di negara ini,” kata Beishenaliev. – Bernama