FILEM muzikal La La Land meraih tujuh anugerah di Anugerah Golden Globe 2017 yang sedang berlangsung pada Ahad (waktu tempatan) di Beverly Hilton Hotel, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem berkenaan diumumkan memenangi kategori Pelakon Lelaki Dalam Muzikal/ Komedi Terbaik yang menjadi milik Ryan Gosling, Pelakon Wanita Dalam Muzikal/Komedi Terbaik dimenangi Emma Stone dan Pengarah Terbaik pula milik Damien Chazelle.
Manakala anugerah lain yang turut dibolot filem itu ialah Filem Terbaik, Skor Asal Terbaik, Lagu Asal Terbaik (Justin Hurwitz), dan Lakon Layar Terbaik (Damian Chazelle).
Filem tersebut memenangi kesemua anugerah yang dicalonkan pada acara berkenaan.
Ryan dalam ucapannya mengucapkan terima kasih terhadap orang yang memberi kepercayaan kepadanya untuk berlakon dalam filem muzikal berkenaan.

Dia turut berterima kasih kepada isterinya Eva Mendes yang banyak memberi sokongan kepadanya selama ini.
Anugerah berpretij itu merupakan kali ke-74 yang dianjurkan oleh Hollywood Foreign Press Association (HFPA).
Pelawak terkenal Jimmy Fallon bertanggungjawab mengendalikan acara penghargaan filem tersebut.
Sementara itu, aktres Meryl Streep menerima anugerah Cecil B DeMille atas prestasinya sepanjang berkecimpung selama 46 tahun industri hiburan Hollywood.