La Liga ambil tindakan undang undang penceroboh perlawanan

MADRID, 15 JUN – La Liga mengatakan mereka akan melakukan prosiding jenayah terhadap penyerang atau penceroboh semasa perlawanan Barcelona menentang Real Mallorca baru-baru ini, yang seharusnya berlangsung di belakang pintu tertutup tanpa penonton dibenarkan.

Pada minit ke-52, kemenangan Barca 4-0 di Stadium Son Moix, seorang lelaki yang memakai jersi Argentina dengan nama Lionel Messi di belakangnya memasuki padang dan bergambar menggunakan telefon pintarnya berdekatan Jordi Alba. – AFP