La Liga disambung semula 20 Jun – Jurulatih Leganes

MADRID, 8 MEI – Jurulatih Leganes, Javier Aguirre semalam mengatakan bahawa La Liga Sepanyol akan disambung semula pada 20 Jun ini dan berakhir pada 26 Julai walaupun ketua liga enggan mengesahkan mengenainya.

Aguirre memberitahu Marca Claro bahawa dia telah diberitahu secara rasmi mengenai rancangan untuk memulakan semula kejuaraan yang ditangguhkan sejak bulan Mac lalu kerana COVID-19.

“Kami sudah mempunyai tarikh permulaan liga pada 20 Jun, kami akan memulakan La Liga dan setelah lima minggu kami secara rasmi menamatkan, pada 26 Julai nanti,” kata jurulatih Mexico, Aguirre yang pasukannya berada di tangga kedua teratas ketika kejohanan dihentikan dua bulan yang lalu. “Perlawanan akan dimainkan pada Sabtu, Ahad, Rabu dan Khamis, sebanyak 11 pusingan.

“La Liga baharu saja memberitahu saya secara rasmi dan saya sangat gembira tentang hal itu kerana kami telah menjadualkan sesi latihan. Kami bermula esok kerana syukurlah kami lulus ujian.”

Pegawai liga belum mengulas mengenai dakwaan Aguirre itu, hanya mengatakan bahawa fokus mereka ketika ini adalah menyelesaikan fasa latihan di kelab. – AFP

Benzema pada perlawanan yang lalu ketika menentang Leganes. Jurulatih Leganes, Javier Aguirre semalam mengatakan bahawa La Liga Sepanyol akan disambung semula pada 20 Jun ini. – AP