Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    La Liga failkan aduan terhadap PSG, City

    MADRID, 16 JUN – La Liga mengesahkan kelmarin bahawa pihak mereka memfailkan aduan kepada UEFA mengenai Paris Saint-Germain (PSG) dan Manchester City, kerana berterusan melanggar peraturan terkini mengenai financial fair play (FFP).

    Menurut kenyataan La Liga, aduan dibuat kepada UEFA terhadap City pada April lalu, manakala aduan terhadap PSG pula pada minggu ini.

    Liga Sepanyol itu menegaskan bahawa pihak mereka akan mengambil tindakan undang-undang ke atas kedua-dua kelab berkenaan.

    La Liga melantik firma guaman di Perancis dan Switzerland dengan tujuan untuk melaksanakan tindakan pentadbiran dan kehakiman ke atas perbadanan Perancis dan Persatuan Eropah (EU) dengan serta-merta, menurut kenyataan yang dipetik dari liga tersebut.

    Sementara itu di Switzerland, La Liga sedang mengkaji beberapa pilihan untuk menyiasat sebarang kemungkinan ‘konflik kepentingan’ terhadap pengerusi PSG, Nasser Al-Khelaifi, yang mengendalikan syarikat milik Qatar, BeIN Sports, mengetuai Persatuan Kelab Eropah dan menjawat kedudukan sebagai salah seorang ahli jawatankuasa UEFA.

    Manchester City memenangi bidaan untuk perpindahan Erling Haaland dari Borussia Dortmund selepas membayar klausa perlepasan sebanyak AS$63 juta. Walau bagaimanapun, perjanjian tersebut termasuk dengan gaji dan yuran ejen, telah dilaporkan mencecah 250 juta pound.

    Manakala itu, PSG pula akan membayar gaji tahunan Kylian Mbappe antara 40 dan 50 juta euro, selepas pemain Perancis tersebut membuat keputusan menolak tawaran Real Madrid dan menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan kelab PSG.

    Menurut laporan tahunan yang dikeluarkan Autoriti Kewangan Bola se-pak Perancis (DNCG), PSG mengalami kerugian sebanyak AS$240 juta pada 2020 dan 2021, menunjukkan peningkatan sebanyak 80 peratus dari tahun sebelumnya.

    “La Liga mempertimbangkan bahawa tindakan sedemikian boleh merubah ekosistem dan kelestarian bola sepak, ia juga berupaya menjejaskan kelab-kelab Eropah dan liga, dan menyebabkan inflasi dalam pasaran bola sepak, kerana ia tidak dapat menjana keuntungan dengan sendirinya,” menurut kenyataan Liga Sepanyol itu. – AFP

    Gambar fail Mbappe ketika beraksi dalam perlawanan Liga Negara-Negara antara Perancis dan Croatia, 13 Jun 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...