La Liga jual saham kepada CVC

MADRID, 4 OGOS – Liga utama bola sepak Sepanyol mengumumkan hari ini bahawa mereka bersetuju secara prinsip untuk menjual 10 peratus peniagaan mereka kepada firma ekuiti persendirian CVC Capital Partners untuk 2.7 bilion euro bagi membantu perkembangan kewangan bagi tempoh jangka masa panjang.

“Operasi tersebut direka untuk memacu perkembangan global bagi La Liga dan kelab-kelab, meneruskan transformasi ke arah syarikat hiburan digital global,” menurut kenyataan liga.

“Operasi akan dijalankan di bawah syarikat baharu yang mana La Liga akan memindahkan kesemua perniagaan, subsidiari dan syarikat kerjasama mereka dan CVC akan memegang penyertaan majoriti 10 peratus.”

Perjanjian tersebut, yang pertama dari kalangan liga Eropah, nilai liga kira-kira 24.2 bilion euro dan bakal disahkan oleh lembaga La Liga dan CVC pada hari ini, tambah kenyataan.

Konsortium ekuiti persendirian termasuk meminta CVC untuk membeli saham dalam divisyen media liga bola sepak utama Itali tetapi perjanjian terbantut pada awal tahun ini disebabkan kelab utama termasuk Juventus dan Inter Milan menolaknya, beranggapan harga yang ditawarkan adalah terlalu rendah.

Kira-kira 90 peratus dana yang CVC akan laburkan akan disalurkan terus ke kelab-kelab La Liga, termasuk liga bawahan.

Perjanjian dibuat ketika kelab Sepanyol bergelut dengan penurunan pendapatan disebabkan oleh pandemik memaksa perlawanan untuk diadakan tanpa kehadiran penonton. – AFP