La Liga timbang cabar keputusan FIFA

MADRID, 11 Jan – Presiden liga Sepanyol Javier Tebas semalam menggambarkan dia mungkin melancarkan cabaran perundangan terhadap keputusan FIFA untuk mengembangkan Piala Dunia kepada 48 pasukan bermula 2026.

Tebas mendakwa liga paling berkuasa dan terkaya Eropah tidak dimaklumkan mengenai keputusan itu dan hanya berdasarkan keperluan Presiden FIFA Gianni Infantino untuk memenuhi janji yang menyaksikannya dilantik tahun lepas.

“Sebuah institusi terlibat dalam politik sukan juga mengambil keputusan yang mana menjejaskan politik dan liga utama Eropah dan keputusan ini tidak dapat dilakukan tanpa persetujuan sebulat suara,” Tebas memberitahu wartawan semalam.

“Kami akan melihat untuk membawa kes kepada pesuruhjaya perlawanan Kesatuan Eropah atau juga kepada institusi persaingan di Switzerland.”

Tebas percaya liga utama Eropah di mana kebanyakan besar bintang dari seluruh dunia meletakkan kedudukan mereka seharusnya mendapatkan lebih banyak ulasan dengan menentang perancangan yang memetik kesukaran pemain sebagai salah satu kelemahan utama.

“Saya rasa liga seharusnya mendapatkan pendapat mereka didengarkan kerana 75 peratus daripada pemain pada Piala Dunia beraksi dalam liga utama Eropah dan organisasi seperti ini terkena tempias,” tambah Tebas.

“Kedua, FIFA adalah sebuah institusi yang mendapatkan keputusan politik dan sukan, tetapi juga keputusan perniagaan untuk hak TV yang menjejaskan kami. Jadi saya tidak memilih untuk mengembangkan Piala Dunia,” tegas beliau.

Persekutuan Kelab Eropah (ECA) juga menyuarakan bantahan kuat dengan menggambarkan 32 pasukan Piala Dunia yang ada sekarang sebagai ‘formula sempurna’.

“Kami faham keputusan ini diambil berdasarkan politik berbanding sukan dan di bawah pertimbangan tekanan politik sesuatu yang ECA amat dikesali,” kata pertubuhan yang mewakili kelab-kelab terkemuka Eropah dalam satu kenyataan. – AFP