Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    La Primera paling kurang beli pemain

    MADRID, 9 Feb – Kelab Liga Sepanyol membelanjakan 18 juta euro bagi menandatangani pemain baru pada perpindahan Januari lalu, jumlah paling rendah direkodkan berbanding saingan utama liga dunia yang lain.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan pengurusan Liga Sepanyol, jumlah itu rendah kerana pasukan lebih mengutamakan pemain yang berbakat dan mahu mengawal kewangan kelab.

    Presiden La Liga, Javier Tebas, berkata kelab tempatan kurang berbelanja kerana mereka kini lebih matang dalam menguruskan kelab.

    Katanya, hasil daripada langkah itu positif dengan kelab Sepanyol melakar kejayaan di Eropah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda