Labi-labi jarang ditemui diambang kepupusan

SHANGHAI, 15 April – Labi-labi jarang ditemui di dunia semakin dekat dengan kepupusan selepas spesimen betina mati di zoo China, meninggalkan hanya tiga spesies seumpamanya.

Labi-labi gergasi bercangkerang lembut Yangtze itu dipercayai berusia lebih 90 tahun, mati di Zoo Suzhou pada Sabtu, menurut Suzhou Daily.

Kematian haiwan betina itu muncul sehari selepas pegawai zoo membuat usaha terakhir permanian beradas menggunakan semen daripada labi-labi jantan di Zoo Suzhou, haiwan yang dianggarkan berusia lebih 100 tahun, menurut akhbar.

Zoo selama bertahun-tahun sudah mencuba untuk haiwan itu mengawan dan membiak secara semula jadi namun tidak membuahkan hasil. Ia kini menjalankan autopsi untuk memastikan apa punca kematian haiwan itu, lapor akhbar tersebut.

Selain labi-labi jantan di Zoo Suzhou hanya terdapat dua lagi spesies yang tinggal, kedua-duanya tinggal di hutan liar di Vietnam dengan gender tidak diketahui, menurut penyokong pemuliharaan.

Labi-labi Yangtze merupakan labi-labi air tawar terbesar di dunia, membesar sehingga 100sm panjang dan berat sehingga 100kg. – AFP

Gambar yang diambil pada 6 Mei 2015 menunjukkan labi-labi betina Yangtze di Zoo Suzhou di Suzhou, wilayah Jiangsu timur China. – AFP