Labuan bakal beralih ke zon hijau
LABUAN, 22 FEB – Kes COVID-19 di Labuan terus menunjukkan trend menurun dan berkemungkinan beralih ke zon hijau, kata pengarah kesihatan pulau bebas cukai itu. Dr Ismuni Bohari berkata langkah ketat yang dilaksanakan seperti sekatan sempadan bagi membendung penularan COVID-19 dalam komuniti berbaloi dan sebahagian besarnya telah bergerak ke arah normal. Beliau berkata kelima-lima sub zon di sini telah diisytiharkan sebagai zon kuning. “Kami boleh dianggap berhasil





























