Friday, December 1, 2023
29.6 C
Brunei

    -

    Labuan FSA promosikan pelan strategik ESG

    LABUAN, 5 NOV – Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) komited untuk mempromosikan pembangunan mampan melalui pelan strategik alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) yang menumpukan kepada dua komponen utama.

    Ketua Pengarah Labuan FSA, Nik Mohamed Din Nik Musa berkata komponen pertama melibatkan kewujudan ekosistem mesra ESG untuk pengumpulan dana, termasuk melalui Pusat Aset Digital Islam.

    Komponen kedua pula bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan ESG dengan membangunkan taksonomi kemampanan melalui kerjasama pemegang kepentingan utama.

    “Pemegang kepentingan ini membangunkan taksonomi kemampanan untuk membim-bing institusi kewangan Labuan dalam mengenal pasti dan mengklasifikasikan aktiviti ekonomi yang menyumbang kepada pengurangan dan penyesuaian perubahan iklim,” katanya pada Siri Syarahan Kewangan Antarabangsa Labuan 2023 mengenai ESG dan Kemampanan di sini baru-baru ini.

    Dalam ucapannya, Nik Mohamed Din menekankan dedikasi Labuan FSA untuk mengukuhkan pengurusan risiko yang berkaitan iklim dan menyepadukan kemampanan ke dalam tadbir urus institusi kewangan Labuan, memfokuskan pada masa depan yang mesra alam. 

    “Sebagai pihak berkuasa kawal selia Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC), Labuan FSA menyasarkan untuk melangkaui peranan pengawalseliaan dan penyeliaannya bagi memastikan sektor kewangan yang mampan dan berdaya tahan untuk pertumbuhan masa depan,” katanya.

    Acara tahunan itu yang dianjurkan oleh Labuan FSA bertujuan memudahkan perkongsian pengetahuan tentang perkembangan ekonomi dan kewangan global serta perbincangan mengenai isu-isu kontemporari.

    Menyedari peralihan global ke arah prinsip ESG yang mempengaruhi pelaburan dan operasi perniagaan, siri syarahan tahun ini memfokuskan pada tema ESG: Catalysing Asia’s Sustainability via Labuan IBFC, menyediakan para profesional industri dengan cerapan berharga dalam memandu arah landskap ESG.

    Siri syarahan itu dimulakan dengan perbincangan panel bertajuk Climate Positivity: Beyond Net Zero and Decarbonisation, menampilkan dua penceramah iaitu Ketua Pegawai Kemampanan Maybank, Shahril Azuar Jimin dan Pengarah Eksekutif RAM Sustainability Sdn Bhd, Promod Dass. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...