Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Labuan gandakan usaha atasi denggi

    LABUAN, 1 Mac – Jabatan Kesihatan Labuan meningkatkan usaha mencegah denggi di pulau itu susulan dua kes pertama yang dikesan tahun ini.

    Pengarahnya Dr Ismuni Bohari berkata kes melibatkan remaja berusia 14 tahun dan kanak-kanak berusia sembilan tahun yang tinggal di penempatan Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Kiansam minggu lepas.

    Kedua-duanya yang mendapatkan rawatan di klinik kerajaan telah dibenarkan keluar dan dilapor berada dalam keadaan stabil, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

    Dr Ismuni berkata jabatannya mengenal pasti beberapa lokaliti berpotensi sebagai tempat pembiakan nyamuk aedes dan telah mengambil langkah perlu bagi mengekang pembiakannya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda