Saturday, October 5, 2024
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Labuan IBFC penggerak aktiviti ekonomi – Najib

    LABUAN, 18 Jan – Kerajaan berhasrat untuk menjadikan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) sebagai pusat yang dapat mencetuskan aktiviti ekonomi yang lebih bermakna di pulau ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Beliau berkata sudah sampai masanya Labuan IBFC dilihat semula perjalanan operasinya supaya lebih memberi kesan limpahan dan diintegrasikan perjalanan operasinya dengan ekonomi tempatan.

    “Dan hari ini, kita turut melancarkan Pe lan Transformasi Kewangan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) yang diharapkan akan membawa kesan yang diharapkan,” katanya pada pelancaran Rangka Tindakan Pembangunan Labuan 2030 di sini hari ini.

    Datuk Seri Najib melihat replika bot berkuasa tinggi sempena Labuan Grand Prix of the Sea selepas melancarkan Rangka Tindakan Pembangunan Labuan 2030 di Dataran Labuan kelmarin. – Bernama

    Katanya Kerajaan Persekutuan sedar Labuan IBFC telah beroperasi sejak sekian lama dan berkembang menjadi antara pusat perniagaan pertengahan pesisir dan pusat kewangan yang berkembang pesat dan terkemuka di rantau Asia Pasifik.

    Beliau berkata Labuan sebagai pulau bebas cukai dan Labuan IBFC selama lebih 30 tahun telah memainkan peranan penting kepada negara.

    Najib juga berkata Kerajaan Persekutuan sentiasa memastikan projek yang dirancang pelaksanaannya dapat memberi manfaat kepada rakyat. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda