Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Labuan pergiat pemeriksaan HFMD di taska, pusat jagaan

    LABUAN, 8 JUN – Jabatan Kesihatan Labuan telah mempergiat pemeriksaan kesihatan di semua taman asuhan kanak-kanak (taska) dan pusat jagaan prasekolah dalam usaha mengurangkan penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam kalangan kanak-kanak.

    Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata peme-riksaan itu akan dilakukan secara berkala sehingga keadaan terkawal.

    “Kami telah memberi peringatan kepada pengusaha Taska dan pusat jagaan prasekolah untuk memeriksa kebersihan premis masing-masing bagi membendung penularan HFMD.

    “Pengusaha pusat jagaan prasekolah, taska dan taman didikan kanak-kanak (tadika) hendaklah membersihkan premis masing-masing secara berkala, setiap hari selepas sesi persekolahan,” katanya kepada Bernama.

    Sekumpulan kakitangan kesihatan menjalankan pemeriksaan di Taska Nur Atiqah dan Taska Little Star hari ini.

    “Kami sedang memantau keadaan dengan teliti, mengesan kluster baharu jangkitan dengan segera, memperkukuh pasukan respons kecemasan agar bersedia untuk pemeriksaan, pengesahan, penilaian, mengendali penularan serta menyediakan sokongan dalam kawalan dan rawatan penyakit apabila diperlukan,” katanya. – Bernama

    Petugas kesihatan membuat pemeriksaan pengesanan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) pada kanak-kanak taska dalam operasi Advokasi Pendidikan Kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Labuan di beberapa taska, semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...