Labuan sedia pelaksanaan PKP 2.0

LABUAN, 12 JAN – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Labuan telah bersedia sepenuhnya untuk penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dengan sekurang-kurangnya dua sekatan jalan raya (SJR) akan diadakan di jalan utama menuju pusat bandar, mulai tengah malam ini.

Pengerusinya, Rithuan Ismail berkata seramai 63 anggota polis dan 12 anggota tentera akan bertugas selama 24 jam di Jalan Tun Mustapha dan Jalan Patau-Patau. Beliau berkata sejumlah anggota polis juga ditugaskan di dua terminal feri dan Lapangan Terbang Labuan untuk mengawal aliran masuk dan keluar pelancong melalui tiga pintu masuk Labuan itu dan hanya mereka yang diperakui terlibat dalam perkhidmatan penting dibenarkan untuk memasuki kawasan tersebut. – Bernama

Suasana di salah sebuah pasar raya tumpuan orang ramai kelihatan tenang ketika tinjauan menjelang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Labuan untuk tempoh 14 hari bermula 12.01 tengah malam ini sehingga 26 Januari. – Bernama