Thursday, October 5, 2023
23.2 C
Brunei

    -

    Labuan usaha tangani kesesakan terminal feri

    LABUAN, 7 SEPT – Jabatan Laut Labuan sedang mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan perkhidmatan feri di pulau bebas cukai itu menerusi libat urus secara berterusan bersama pengusaha feri.

    Pengarahnya, Alimuddin Amirudin berkata usaha tersebut bagi menangani isu kesesakan yang berlarutan di terminal feri serta mengurangkan kelewatan pelepasan dan ketibaan feri terutama pada musim cuti, yang menimbulkan keresahan dalam kalangan orang ramai.

    “Inisiatif ini menunjukkan Jabatan Laut Labuan ko-mited untuk menambah baik perkhidmatan feri bagi semua pengembara dan mengurangkan masalah kesesakan di terminal feri,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Beliau mengakui cabaran dihadapi oleh pengguna feri dan pihaknya menyedari situasi tersebut sekali gus komited untuk menambah baik perkhidmatan.

    Menurut Alimuddin, pemeriksaan terhadap jadual perkhidmatan feri mendapati terdapat masa yang mencukupi untuk feri berlabuh bagi proses ketibaan, walaupun dengan pemeriksaan imigresen terhadap penumpang.

    “Untuk meningkatkan kecekapan dan keselesaan penumpang, Jabatan Laut Labuan sedang giat menyemak semula jadual perkhidmatan feri sedia ada supaya selaras dengan keperluan semasa penumpang,” katanya.

    Pada masa ini, terdapat dua pengendali yang menguruskan enam feri sehari bagi laluan Labuan-Menumbok-Labuan dan Muara, Brunei-Labuan- Muara, Brunei. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pakistan arah warga Afghanistan tinggalkan negara

    ISLAMABAD, 4 OKT - Ratusan ribu rakyat Afghanistan yang tinggal secara haram di Pakistan telah diberi masa sehingga 1 November untuk meninggalkan negara itu...