AUSTRALIA – Idea ini muncul selepas sahaja usaha mereka untuk menangani kenaikan harga tenaga, Majlis Perbandaran Queensland telah mengambil satu pendekatan yang inovatif dengan membina ladang solar sendiri yang dianggarkan bernilai AS$50 juta untuk mengimbangi semua keperluan kuasa di kawasan itu. Ladang solar yang dianggarkan mempunyai kapasiti kekuatan 15 megawatt terletak di Valdora dan telah dikawal ketat secara rasmi baru-baru ini di Australia.
Majlis Sunshine Coast kini menjadi sebuah agensi kerajaan tempatan pertama di Australia dengan menggunakan 100 peratus penggunaan elektrik dari sumber yang solar yang baru saja perbaharui dan dirasmikan. Kuasa dari ladang solar itu akan berupaya memberikan kuasa dan tenaga elektrik kepada rangkaian Energex serta membekalkan semua kemudahan yang dikendalikan oleh dewan perbandaran termasuk bangunan pentadbiran, pusat komuniti, kemudahan sukan, taman pelancongan dan beberapa buah perpustakaan.
Datuk Bandar di kawasan itu, Mark Jamieson berkata bahawa ia adalah satu perkara yang sangat membanggakan khususnya buat Sunshine Coast. “Kami telah berada di tahap yang pertama dalam agensi kerajaan di negara ini yang mana akan menyediakan sekitar 100 peratus tenaga yang boleh dikitarsemula dan ini merupakan satu peristiwa yang sangat istimewa dan membanggakan,” tambah Datuk Bandar lagi kepada media wartawan.
“Ladang solar kami adalah yang pertama dan akan menjadi yang terbesar khususnya di Australia untuk disambung ke grid elektrik di Queensland Tenggara malah ladang solar ini merupakan yang pertama di Australia untuk beroperasi dengan keperluan tenaga kuasa sekitar 1500 volt DC yang membolehkan ia beroperasi dengan lebih cekap dan pantas,” tambah Datuk Bandar itu lagi kepada media.



Kritikan dan penjimatan kos
Projek itu telah melalui beberapa perjalanan yang sukar dan memerlukan banyak penyelidikan serta banyak kritikan. “Projek ini pada mulanya menerima beberapa komen yang sangat negatif sejak awal dari mereka yang ragu-ragu terhadap keupayaan dan kecekapan projek ini. Saya merasa amat sedih kerana kebanyakan kritikan diterima daripada masyarakat setempat,” kata Cr Jamieson kepada media wartawan.
Majlis perbandaran itu telah dibiayai sepenuhnya oleh projek itu tanpa ada sokongan daripada pihak kerajaan negeri mahupun pihak persekutuan dan datuk bandar amat menyesali tindakan itu. “Walau bagaimanapun, projek ini akan memberikan kami satu jaminan dengan satu kepastian, keyakinan terhadap impak yang kami alami khususnya dalam memanfaatkan alam sekitar melalui satu pembaharuan dan kami berusaha untuk menjimatkan wang mereka untuk keperluan masa depan,” tambah Cr lagi kepada media.
Datuk bandar itu berkata bahawa berdasarkan harga elektrik pada hari ini, anggaran simpanan konservatif ialah sekitar AS$22 juta lebih sepanjang 30 tahun. “Walaupun jumlah itu bukanlah jumlah yang signifikan apabila anda membahagikannya dengan semua pembayar cukai, yang penting adalah jumlah itu boleh dilaburkan dalam sesuatu perkara yang lain,” tambah Jamieson lagi kepada media.
“Kami sudah bayar kira-kira AS$9 juta setahun untuk bil kuasa untuk majlis dan ada ramalan yang akan meningkat secara astronomi, sehingga semakin tinggi sehingga peningkatan simpanan kami daripada penggunaan ladang solar,” tambahnya lagi kepada media.
Cr Jamieson berkata majlis perbandaran itu akan dilihat sebagai pemimpin permulaan di negara berkenaan untuk tenaga solar. “Saya merasa pasti bahawa kebanyakan majlis-majlis perbandaran yang lain di seluruh Australia sangat bersemangat untuk mengetahui apa yang akan kami lakukan, jadi ini adalah mo-del pertama kami untuk organi-sasi-organisasi yang lain,” tambahnya lagi kepada media. Pada sidang perasmian ladang solar itu, penolong menteri pengangkutan dan infrastruktur Queensland, Glenn Butcher, bersetuju bahawa ladang solar Sunshine Coast akan menetapkan platform baru untuk majlis-majlis perbandaraan yang lain di negara itu.
Walaupun projek itu tidak mempunyai sokongan daripada pihak kerajaan ataupun persekutuan, Butcher tidak akan menolak bahawa pihak kerajaan akan mula menyokong projek solar di kawasan-kawasan yang lain. “Pihak kerajaan negeri jelas bersedia untuk melihat projek-projek yang berbeza dan mereka menawarkan tanah yang terdapat di sektor yang berlainan di Queensland untuk rangkaian baru tenaga solar khususnya dalam pelaburan pembabitan sektor swasta,” kata datuk bandar lagi kepada media.
“Melihat mengenai perkara itu, berkemungkinan besar, wilayah Queensland akan dapat mengembangkan lagi sektor tenaga solar dengan pelbagai jenis kemudahan namun apa yang pasti, situasi itu masih dalam perancangan namun diharap ia adalah sesuatu yang kita boleh lihat di masa akan datang,” kata Jamieson mengakhiri temu ramah bersama pihak media. – Agensi