Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Ladies XSMJA 75 eratkan silaturahim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OGOS – Seramai 60 orang ahli perempuan kumpulan alumni pelajar pengambilan pertama aliran Inggeris Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SM SMJA) 1975 (Ladies XSMJA 75) telah mengadakan Majlis Silaturahim Hi-Tea di Hotel Parkview, Jerudong, baru-baru ini.

    Menurut setiausaha bersama kumpulan dan penganjur majlis, Hajah Jahlelawati binti Haji Abdul Jalil, tujuan utama majlis tersebut adalah untuk mengeratkan semula hubungan bersama rakan-rakan sekolah selepas puluhan tahun terpisah sesudah meninggalkan alam persekolahan.

    Di samping itu juga untuk mengeratkan dan mengimbau kembali tali persahabatan yang sudah terpupuk sejak dari alam persekolahan serta membuka ruang bagi membuat sebarang perkongsian atau mungkin mempromosi perniagaan para ahli sendiri atau keluarga dan sebagainya.

    Majlis tersebut diselajurkan dengan penyampaian sumbangan suka duka kepada keluarga ahli Alumni SM SMJA 75’ yang telah meninggal dunia baru-baru ini yang disampaikan oleh Hajah Jahlelawati.

    Sumbangan berkenaan adalah hasil kutipan dalam kalangan bekas penuntut-penuntut Alumni SM SMJA 75’ secara bulanan atau tahunan dan melalui derma kilat.

    Ahli-ahli alumni bergambar ramai pada majlis silaturahim berkenaan. – Gambar serahan XSMJA 75
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...