Lady Gaga berdepan masalah psikologi

Penyanyi terkenal Hollywood,Lady Gaga mendedahkan dia berdepan masalah psikologi selepas menghabiskan penggambaran filem House Of Gucci.

Kata Gaga, dia terlalu mendalami watak Patrizia Reggiani dalam filem tersebut sehingga sukar untuk kembali kepada realiti sebenar kehidupannya.

“Saya mengalami sedikit kesukaran psikologi ketika di penghujung penggambaran.

“Saya ada di bilik hotel saya bercakap seperti Reggiani walaupun bukan berada dalam set penggambaran.

“Saya rasa seperti masuk dalam dunianya.

“Saya masih ingat ketika keluar berjalan-jalan, tiba-tiba saya jadi panik sebab saya fikir saya sedang berada di set penggambaran filem itu” ujarnya.

Gaga juga berkata, dia telah hidup sebagai Reggiani selama setahun setengah dan bercakap dalam dialek Itali.

Lady Gaga bakal tampil dalam filem terbaharu berjudul House Of Gucci yang memegang watak sebagai isteri kepada waris dinasti fesyen Gucci.

Dia membawa watak Patrizia Reggiani iaitu bekas isteri Maurizio Gucci yang didapati bersalah kerana mendalangi pembunuhan bekas suaminya, Maurizio Gucci.

Filem ini akan ditayangkan pada 24 November depan. – Agensi

Lady Gaga mendedahkan dia berdepan masalah psikologi selepas menghabiskan penggambaran filem House Of Gucci. – Agensi