Saturday, December 2, 2023
22.9 C
Brunei

    -

    Lady Gaga menangis mohon maaf kepada peminat

    Penyanyi dan pelakon Lady Gaga terpaksa menghentikan persembahan terakhir siri jelajah Chromatica Ball di Florida selepas lokasi berkenaan dilanda ribut kencang.

    Menurut laporan Celebrity, ketika kejadian itu Gaga hampir membuat persembahan akhir dan kilat menyambar lokasi di Stadium Hard Rock Miami.

    Penyanyi itu terpaksa menghentikan persembahan di hadapan 65,000 penonton dan menasihati mereka untuk bergerak ke kawasan yang lebih selamat.

    Meskipun pasukannya berharap cuaca buruk itu cepat reda, namun atas nasihat konsert tersebut terpaksa ditamatkan.

    Sementara itu, Gaga membuat permohonan maaf kerana tidak dapat meneruskan persembahan akibat daripada cuaca buruk.

    “Saya minta maaf tidak dapat menghabiskan persembahan kerana ia terlalu bahaya.

    “Kilat sabung menyabung dan nampaknya seperti tidak reda.

    “Walaupun selama ini ada yang memanggil saya ‘Mother Monster’, tetapi jauh di sudut hati, saya ingin pastikan anda semua selamat,” tulisnya di Instagram.

    Selebriti ini dilihat turut menangis kerana kesal dengan apa yang berlaku. – Agensi

    Lady Gaga terpaksa menghentikan persembahan terakhir siri jelajah Chromatica Ball di Florida selepas lokasi berkenaan dilanda ribut kencang. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    34 paus mati terdampar di Tasmania

    SYDNEY, 1 DIS – Sekumpulan 34 ekor ikan paus pilot ditemukan mati terdampar di sebuah pantai di pulau Tasmania, Australia, menurut laporan media tempatan...