Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    La’eeb maskot Piala Dunia 2022

    LUSAIL, QATAR, 6 OKT – Qatar ingin hiasan kepala dijadikan maskot Piala Dunia 2022 untuk melambangkan kejohanan bola sepak, sama seperti hon vuvuzela apabila Afrika Selatan menganjur perlawanan tersebut pada 2010.

    Hiasan kepala keffiyeh bernama La’eeb, bermakna pemain amat berbakat dalam bahasa Arab, akan menjadi maskot Piala Dunia dan terpampang di papan iklan di seluruh Qatar serta di televisyen negara itu.

    “La’eeb adalah watak yang menyeronokkan yang datang daripada dunia maskot, dunia sama di mana semua maskot kejohanan tinggal,” kata badan bola sepak FIFA.

    “Ia akan membawa keceriaan bola sepak kepada semua orang.”

    Hiasan kepala keffiyeh, juga dikenali di negara Teluk sebagai shemagh atau ghutra, direka untuk melindungi terhadap cahaya matahari, pasir dan abu.

    Penganjur Piala Dunia Qatar ingin melihat berulangnya kejohanan Piala Dunia 2019 apabila pemain dari pasukan Mexico Montereey memakai keffiyeh selepas memenangi perlawanan.

    Bertrand Roine, yang memenangi gelaran bola baling dunia dengan Perancis dan berpindah untuk bermain untuk Qatar, telah membangun-kan hubungan keffiyeh dengan Piala Dunia dengan mereka bentuk hiasan kepala itu dalam warna kebangsaan 32 negara yang mengambil bahagian.

    Roine berharap skarf berwarna-warni itu akan menjadi ‘simbol’ perlawanan. – AFP

    Skarf shemagh, juga dikenali ghutra atau keffiyeh, direka oleh Bertrand Roine dan Didier Grande dalam warna kebangsaan 32 negara yang mengambil bahagian dalam kejohanan Piala Dunia, dipamerkan di kedai di Doha. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...