Sunday, December 4, 2022
31.7 C
Brunei

-

LAFC sambar khidmat Bradley

LOS ANGELES, 28 Julai – Bob Bradley akan kembali ke Major Leagur Soccer (MLS) sebagai jurulatih pertama bagi pasukan Los Angeles FC, yang dijangka membuat kemunculan pertama dalam liga Amerika Utara itu pada tahun 2018.

Bradley, 59, tidak mengambil peranan kejurulatihan di MLS sejak meninggalkan Chivas USA untuk menjadi ketua jurulatih Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2006, tugas yang dipegangnya sehingga musim panas 2011.

Sejak meninggalkan pasukan lelaki AS, Bradley mengemudi pasukan kebangsaan Mesir, kelab Norway Stabaek, kelab Perancis Le Havre dan, terbaru kelab liga Perdana Inggeris Swansea.

Dia menjadi warga Amerika pertama untuk mengendalikan kelab di PL ketika Swansea mengambilnya pada bulan Oktober lepas, tetapi dipecat pada bulan Disember hanya selepas 85 hari memegang tugas itu.

Bradley berperanan sebagai pembantu kepada Bruce Arena bagi pasukan DC United yang telah memenangi Piala MLS pada tahun 1996 dan 1997, dan kemudian diambil menjadi ketua jurulatih oleh Chicago Fire dalam musim pertama mereka 1998.

Dia kemudian menerajui Fire bagi musim terhebat mereka dalam sejarah MLS, membawa mereka kepada kejuaraan berganda Piala MLS dan Piala Terbuka AS.

Bradley, menggumpulkan 43 kemenangan dalam 80 perlawanan ketika memimpin pasukan kebangsaan AS.

Dia telah membawa kepada kejayaan Piala Emas 2007 dan pemenang kedua dalam Piala Konfederasi 2009. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -