Lagi barangan seludup berjaya dirampas

Oleh Yusrin Junaidi
Gambar serahan PPBD

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 NOV – Pasukan Simpanan Polis C Kompeni, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berjaya menemukan sebanyak 600 karton rokok pelbagai jenis yang cuba diseludup ke negara ini semasa Operasi Sepadu Taskforce Security COVID-19.

Operasi yang dijalankan pada 24 November di kawasan hutan Tanjung Dual, Kampung Lumapas, telah menemukan 12 longgokan bungkusan kotak-kotak berwarna hitam yang mencurigakan diletakkan di kawasan hutan berkenaan.

Kesemua barang tegahan diserahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi tindakan lanjut. 

PPDB menegaskan pihaknya akan sentiasa proaktif dalam menjalankan penguatkuasaan dan rondaan di kawasan sempadan negara bagi mengekang kegiatan jenayah. PPDB juga memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan ke talian kecemasan 993 atau balai-balai polis berdekatan atau melalui laman media sosial PPDB. 

Barangan seludup yang berjaya dirampas oleh pihak berkuasa semasa operasi tersebut.
Sebanyak 600 karton rokok ditemukan oleh PPDB dan ABDB yang diseludup masuk ke negara ini, semasa Operasi Sepadu Taskforce Security COVID-19.