PESHAWAR, 18 Jan – Pihak polis di Pakistan berkata seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun telah diculik dan dicekik hingga mati, setelah mayatnya ditemukan di sebuah padang berdekatan barat laut bandar Mardan.
Ketua polis wilayah Salahuddin Mahsud berkata semalam bahawa ujian autopsi “menunjukkan penganiayaan seksual” pada mayat dijumpai lewat Ahad itu.
Pembunuhan itu serupa dengan kes Zainab Ansari, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang telah diculik, dirogol dan dibunuh di bandar Kasur berdekatan sempadan India yang berlaku pada awal bulan ini. Pembunuhan itu telah mencetuskan bantahan dan pertempuran berdarah di antara pihak polis dan penduduk yang menuduh pihak berkuasa gagal untuk bertindak dengan segera.
Polis berkata mereka mengesyaki pembunuh bersiri itu berkemungkinan dalang pembunuhan Ansari. Pembunuhan di Mardan dan Kasur bagaimanapun tidak berkaitan. – AP