Lagi kluster baharu di Sarawak

PUTRAJAYA, 21 JULAI – Satu kluster baharu dikesan melibatkan sebuah hospital di Kuching, Sarawak, dikenali sebagai ‘Kluster Sentosa’, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Beliau berkata sehingga 12 tengah hari tadi, sebanyak 61 orang daripada kluster itu telah disaring dengan lima didapati positif COVID-19 manakala 56 adalah negatif.

“Kes pertama kluster ini (iaitu kes ke-8773) merupakan seorang petugas kesihatan yang telah mengalami gejala saluran pernafasan pada 13 Julai dan dikesan positif COVID-19 pada 19 Julai.” – Bernama