BERLIN, 12 Mac – Para penumpang kapal terbang yang hendak masuk dan keluar dari lapangan terbang Berlin berdepan penangguhan atau pembatalan jadual perjalanan mereka pada Isnin akibat mogok kru lapangan berhubung gaji, kata pegawai kesatuan.
Kesatuan itu, Verdi, berkata ia menggesa kakitangan lapangan di lapangan terbang Tegel dan Schoenefeld, Berlin untuk berhenti kerja bermula 4 pagi (0300 GMT) pada Isnin hingga 5 pagi (0400 GMT) pada Selasa.
Pemberhentian terbaru itu muncul selepas dua hari mogok pada Jumaat yang telah menyebabkan lebih 650 penerbangan.
“Malangnya, majikan tidak memberi reaksi dan tiada membuat tawaran rundingan, mengakibatkan masa hujung minggu terbuang,” kata Enrico Ruemker, kata pegawai di Verdi. – AFP