Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Lagi produk dicemari alkohol

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 APRIL – Satu lagi produk makanan iaitu Traditional Mayonnaise jenama Sarah Darlington’s didapati mengandungi wain putih dan spirit vinegar, iaitu sejenis cuka diperbuat daripada alkohol yang umat Islam dilarang untuk memakan atau meminumnya.

    Jabatan Hal Ehwal Syariah melalui Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH) telah membuat pemeriksaan ke atas produk tersebut dan merujuknya kepada syarikat pengeluar iaitu Sarah Darlington and Daughters yang mengesahkan tiada pensijilan halal dikeluarkan ke atas produk terbabit.

    Oleh itu, bagi menjaga kemaslahatan masyarakat Islam di negara ini, Jabatan Hal Ehwal Syariah telah pun mengarahkan pemilik premis untuk mengasingkan semua produk tersebut dengan serta-merta di tempat atau ruang bukan halal yang tidak terdedah kepada penjualan awam.

    Semua pengimport, pasar raya dan kedai di negara ini juga dinasihatkan supaya melakukan tindakan pengasingan serta-merta jika terdapat produk yang sama diedarkan dan dijual di premis masing-masing agar ia tidak bercampur dengan produk halal.

    Orang ramai yang ingin membuat aduan serta perkongsian maklumat mengenai penjualan produk-produk tidak halal secara terbuka di premis-premis perniagaan bolehlah menghubungi terus di talian hotline BKMH iaitu 7166222 atau mana-mana pejabat BKMH di setiap daerah.

    Produk mayones jenama Sarah Darlington’s yang mengandungi wain putih. – Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...