Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Lagi tongkeng ayam tanpa permit dirampas

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan KHEU

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JULAI – Sebanyak 80 kilogram tongkeng ayam berjaya dirampas dari sebuah rumah di Kampung Sungai Tilong yang dipercayai telah dibawa masuk ke negara ini tanpa permit import halal.

    Rampasan dilakukan dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan oleh pegawai-pegawai penguatkuasaan Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH), Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), hari ini.

    KHEU dalam kenyataannya menjelaskan, kesemua tongkeng ayam dirampas dan kes diserahkan kepada pihak JKED untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

    Sehubungan itu, KHEU mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas perkongsian maklumat berhubung aktiviti yang melibatkan daging-daging yang diragui kehalalannya demi menjaga maslahat masyarakat Islam di negara ini.

    Orang ramai yang ingin membuat aduan serta perkongsian maklumat mengenai sebarang pelanggaran undang-undang melibatkan daging halal bolehlah dibuat terus ke Jabatan Hal Ehwal Syariah melalui BKMH dengan menghubungi talian hotline 7166222 atau mana-mana pejabat BKMH.

    Kementerian juga meng-ingatkan kepada mana-mana syarikat yang hendak membawa masuk daging mentah halal ke Negara Brunei Darussalam untuk mendapatkan Permit Import Halal daripada Majlis Ugama Islam Brunei.

    Sebahagian daripada tongkeng ayam yang dirampas semasa operasi yang dijalankan di Kampung Sungai Tilong, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...