Lagi vaksin Moderna tercemar dikesan

TOKYO, 29 OGOS – Dua wilayah Jepun hari ini menggantung penggunaan sebahagian suntikan vaksin Moderna (gambar) selepas lebih banyak kes pencemaran vaksin itu dikesan, menurut kerajaan tempatan.

Langkah itu dibuat sehari selepas Kementerian Kesihatan Jepun mengesahkan ia sedang menyiasat kematian dua orang lelaki yang menerima dos daripada kumpulan vaksin Moderna yang tercemar – meskipun punca kematian tidak diketahui.

Wilayah Okinawa, di selatan Jepun, mengatakan ia menggantung penggunaan suntikan Moderna di beberapa pusat vaksinasi utamanya di bandar Naha, manakala di wilayah Gunma, utara Tokyo juga akan menghentikan sementara pen-ggunaan vaksin yang disyaki tercemar.

“Kami menggantung penggunaan vaksin COVID-19 Moderna kerana terdapat partikel asing dikesan di dalamnya,” kata pihak berkuasa Okinawa dalam satu kenyataan.

“Kami menggantung penggunaan vaksin COVID-19 Moderna kerana terdapat partikel asing dikesan di dalamnya,” kata pihak berkuasa Okinawa dalam satu kenyataan.

Di Gunma, pegawai memberitahu AFP: “Kami terus menggunakan unit Moderna yang tidak terjejas dengan insiden itu.”

Pencemaran di Okinawa dan Gunma adalah susulan penggantungan 1.63 juta dos vaksin tersebut di seluruh Jepun pada Khamis lalu selepas kematian dua lelaki berusia 30 dan 38 tahun dalam Ogos sejurus mendapat suntikan kedua vaksin Moderna.

Dos-dos yang digunakan adalah salah satu daripada tiga kumpulan vaksin tersebut yang digantung oleh kerajaan pada Khamis.

Kementerian Kesihatan Jepun bagaimanapun mengatakan ia se-dang menyiasat punca kematian dan ia belum diketahui sama ada terdapat kaitan punca kematian dengan vaksin.

“Pada ketika ini, kami belum ada sebarang bukti mengaitkan kematian akibat vaksin Moderna dan ia adalah penting untuk menjalankan siasatan rasmi bagi memastikan jika ada sebarang kaitannya,” Moderna dan pengedarnya di Jepun, Takeda menyatakan dalam satu kenyataan bersama kelmarin. – AFP