Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lagi wartawan jadi mangsa

    NEW DELHI, 21 Sept – Seorang wartawan yang membuat liputan bagi kejadian kekacauan politik di timur laut India telah dibelasah hingga mati ketika pertempuran ganas, menurut para pegawai hari ini, dua minggu selepas pembunuhan seorang lagi wartawan terkenal yang ditonjolkan.

    Shantanu Bhomick diserang dengan kayu ketika dia melaporkan tentang keganasan itu semalam antara kumpulan-kumpulan politik yang bertikai dan polis dekat Agartala, bandar negeri Tripura yang terpencil.

    Superintenden kanan polis Abhijit Saptarshi berkata lebih dua belas orang pegawai juga tercedera dalam pergaduhan dan ketegangan masih tinggi di rantau bertikai itu.

    “Kami kemudian menemui mayat wartawan di tempat berlakunya pertempuran itu,” dia memberitahu AFP dari Tripura.

    Tangkapan belum dibuat dalam kaitan dengan kematian pemberita itu, tetapi empat orang ditahan bagi dakwaan berasingan berkaitan keganasan politik, menurut Saptarshi lagi.

    Gambar yang diambil pada 20 September menunjukkan polis India bercakap kepada wartawan semasa melakukan sekatan jalan di kediaman ketua menteri di Agartala berhubung kematian wartawan Shantanu Bhowmick. – AFP

    Kematian Bhowmick menjadikan bilangan pemberita yang dibunuh di India sejak awal 1990-an, kepada 29 orang, menurut perangkaan dari Jawatankuasa Perlindungan Wartawan-wartawan.

    Ia berlaku dua minggu selepas pembunuhan Gauri Lankesh, editor akhbar dan pengkritik lantang terhadap parti nasionalis Hindu yang memerintah, yang kematiannya itu telah mencetuskan keberangan.

    Editor berusia 55 tahun itu ditembak mati oleh tiga orang lelaki bersenjata yang tidak dikenali, apabila dia memasuki rumahnya di bandar selatan Bangalore di negeri Karnataka pada 5 September lalu.

    Tidak ada sesiapa yang dikenal pasti lagi atau ditangkap dalam kaitan pembunuhan itu.

    Dalam tahun 2015 Wartawan Tanpa Sempadan menganggap India negara paling berbahaya di Asia bagi wartawan-wartawan, meskipun kebanyakan kematian berlaku di kawasan luar bandar terpencil yang jauh dari pusat-pusat bandar utama.

    Dan pada April lalu kumpulan kebebasan media meletakkan ranking negara itu pada yang ke 136 dari 180 buah negara dalam perkadaran kebebasan media dunia, dengan menyalahkan “nasionalis Hindu cuba menyingkirkan semua manifestasi pemikiran ‘anti-nasional’ dari perdebatan kebangsaan.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda