Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Lagu Exist lonjak Nabila Maharani ke puncak populariti

    Tuah lagu Buih Jadi Permaidani membawa penyanyi yang juga YouTuber popular Indonesia, Nabila Maharani, 23, terbang tinggi dalam sekelip mata.

    Lagu asal berjudul Mengintai Dari Tirai Kamar nyanyian kumpulan Exist diubah tajuk Buih Jadi Permaidani itu mencipta magis dan meledak di Indonesia, sekali gus mengubah putaran hidup Nabila daripada pemuzik jalanan kepada penyanyi sepenuh masa.

    Menerusi YouTube Nabila Suaka, video lagu Buih Jadi Permaidani dibawakan Nabila feat Zinidin Zidan bersama petikan gitar, Tri Suaka mencecah 135 juta sejak dimuat naik, tahun lalu.

    Nyata, percaturan Nabila menyanyikan lagu saduran yang dimuat naik dalam saluran YouTube Nabila Suaka sejak penularan pandemik COVID-19, dua tahun lalu memberikan impak maksima buatnya.

    Tidak menafikan lagu saduran melonjakkan nama dan populariti, Nabila berkata, dia bersama rakan penyanyi jalanan, Zinidin dan Tri Suaka tidak memilih hanya lagu popular, sebaliknya selesa menghiburkan peminat dengan semua genre lagu termasuk karya popular dari Malaysia.

    Nabila tidak malu, masih meneruskan aktiviti penyanyi jalanan biarpun nama dan wajahnya semakin dikenali. – Agensi

    “Lagu saduran pertama dinyanyikan, Tanya Hati nyanyian asal kumpulan Pasto, namun lagu Buih Jadi Permaidani menjadi kemuncak kejayaan.

    “Kami meraih kejayaan luar biasa menerusi lagu Buih Jadi Permaidani. Daripada penyanyi jalanan di Yogyakarta, kini kehidupan kami berubah 360 darjah.

    “Namun begitu, saya tidak sesekali meninggalkan kehidupan sebagai penyanyi jalanan.

    Saya, Zinidin dan Tri Suaka masih bergelar penyanyi jalanan biarpun sudah menembusi pasaran komersil.

    “Saya tak kisah tetap busking lagi, meski makin popular. Bagaimanapun, ke mana sahaja melangkah wajah makin dikenali. Kehidupan dua tahun lalu tidak lagi sama seperti hari ini,” katanya kepada wartawan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...