Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Lagu Janna Nick dikenali sampai Turki

    Syukur dan bertuah itu yang diluahkan Janna Nick apabila lagu Gatal nyanyiannya tular di laman TikTok hingga menarik perhatian influencer luar negara.

    Menurut Janna, lagu ciptaan vokalis Drama Band iaitu Aepul Roza mempunyai kekuatan tersendiri sehingga melekat di telinga sesiapa yang mendengarnya.

    “Alhamdulillah, saya sendiri memang tak jangka lagu itu menjadi viral di TikTok sehingga orang luar negara pun guna lagu tersebut.

    “Bagi saya, itulah kekuatan TikTok dan trend. Selain itu, kekuatan pada lagu itu juga. Saya banyak terima komen kata lagu itu berhantu.

    “Saya anggap ini rezeki yang menyebelahi saya, Alhamdulillah. Jadi, saya berterima kasih kepada Aepul yang cipta lagu itu,” katanya.

    Lagu Gatal yang dinyanyikan oleh Janna Nick tular sehingga ke Turki. – Agensi

    Sebelum ini, tular video Asli Guler menggunakan lagu Gatal di akaun TikTok miliknya dan sehingga mendapat hampir lapan juta tontonan.

    Rata-rata warganet Malaysia meninggalkan komen di ruang perkongsian itu teruja lagu nyanyian Janna itu mendapat perhatian sehingga ke luar negara.

    Dalam perkembangan lain, Janna memberitahu dia sudah pulih daripada Covid dan tamat menjalani kuarantin kelmarin.

    “Semalam merupakan hari terakhir saya jalani kuarantin kendiri di rumah. Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya semakin baik.

    “Demam pun sudah tidak ada tapi masih sakit tekak saja,” ujarnya.

    Menerusi laporan media pada Sabtu lalu, Janna mendedahkan dia disahkan positif Covid selepas melakukan beberapa kali ujian calitan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...