Lagu kolaborasi Selena dan Blackpink terjawab

Penyanyi Selena Gomez akhirnya mengesahkan dia dan kumpulan K-Pop terkenal iaitu Blackpink bakal melancarkan lagu gabungan mereka pada 28 Ogos depan.

Selena Gomez menerusi laman Instagram miliknya memuat naik foto poster pengumuman berita baik itu kepada peminat dan turut meluahkan rasa teruja.

“Saya sangat teruja nak umumkan Blackpink dan saya akan keluarkan lagu baharu yang dilancarkan pada 28 Ogos!” tulis Selena di laman sosial miliknya.

Rata-rata peminat Selena dan Blackpink juga teruja dan tidak sabar untuk menantikan pelancaran lagu baharu tersebut yang masih dirahsiakan judulnya.

Pada Julai lalu, agensi pengurusan Blackpink iaitu YG Entertainment menjawab khabar angin yang tersebar mengenai kolaborasi membabitkan kumpulan itu dengan penyanyi popular, Selena Gomez.

Selain Selena Gomez, ada juga peminat berteka-teki bahawa Blackpink akan berkolaborasi bersama Ariana Grande. Ini selepas Ariana Grande memberikan tanda suka pada salah satu muat naik di akaun Instagram Jennie.

Sejak tahun lalu khabar angin tersebut beredar dalam kalangan peminat, lebih-lebih lagi produser lagu Ariana Grande iaitu Tommy Brown pernah bekerjasama dengan Blackpink. – Agensi

Kumpulan Wings bakal mengadakan konsert maya pada 29 Ogos ini. – Agensi