Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Lagu Tiara rosak, M Nasir tidak kecil hati

    Penyanyi dan komposer, Datuk M Nasir tidak berkecil hati apabila lagu hit ciptaannya, Tiara yang dirakam semula penyanyi BBNU Indonesia, Raffa Affar diubah hingga mendapat kecaman warganet di media sosial.

    Menurutnya, gubahan ketara pada melodi lagu yang popular pada tahun 1991 itu dianggap sebagai mengikut trend terkini.

    “Itu biasa dalam industri. Hendak marah pun ia berlaku dalam industri kita. Tiada masalah ‘cover’ kembali lagu-lagu kerana kita pun buat begitu.

    “Trend sekarang di zaman media sosial ia lain sedikit. Halwa telinga sekarang ini lain,” katanya.

    Beliau ditemui pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Music Authors Copyright Protection (MACP) Berhad di MBI, baru-baru ini.

    Tambah M Nasir, beliau tiada masalah dengan dendangan artis dari Seberang itu namun mengakui karyanya itu sedikit rosak.

    “Itu (lagu rosak) ada sikitlah tetapi ia tetap akan berlaku kita tidak boleh kawal.

    “Kita tahu yang buat pun kawan (artis) kita juga. Itu cara dia interpretasi, tiada masalah langsung,” katanya.

    Media melaporkan nyanyian semula lagu balada rock dendangan kumpulan Kris itu menjadi perdebatan di media sosial berikutan cara Raffa Affar yang dikatakan telah merosakkan melodi dan keaslian lagu berkenaan.

    Penyanyi lagu tular, Cinta Sampai Mati itu menyanyikan kembali lagu Tiara dalam program hiburan secara langsung. – Agensi

    M Nasir tidak berkecil hati apabila lagu hit ciptaannya, Tiara yang dirakam semula Raffa Affar diubah hingga mendapat kecaman warganet di media sosial. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...