Wednesday, December 4, 2024
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lahar gunung berapi La Palma paksa 800 penduduk berpindah

    LOS LLANOS DE ARIDANE, CANARY ISLANDS , 13 OKT – Ratusan orang di La Palma di kepulauan Canary Sepanyol bangun kerana takut akan kediaman dan harta benda mereka setelah sungai lahar dari gunung berapi yang meletus mengancam akan melanda kawasan kejiranan lain dalam perjalanan menuju Lautan Atlantik.

    Pihak berkuasa pulau memerintahkan pemindahan sekitar 800 orang dari bandar pesisir Los Llanos de Aridane kelmarin setelah lahar menuju ke kawasan kediaman mereka.

    Sekitar 6,000 orang segera dipindahkan dari kawasan itu beberapa jam selepas letusan gunung berapi pada 19 September, ketika kediaman dan ladang mereka berada tepat di bawah aliran lahar gunung berapi tersebut.

    Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez meninjau ke pulau tersebut pada hari ini, lawatan keempatnya sejak letusan itu.

    Lahar telah memusnahkan lebih dari 1,400 buah bangunan termasuk rumah, ladang dan struktur lain, dan meliputi 656 hektar, termasuk 90 hektar yang dikhaskan untuk penanaman plantain. Namun tidak ada mangsa yang terkorban. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda