Lahir anak pada usia tua jadi trend

TAIPEI, 18 JUN – Melahirkan anak pada usia lebih tua, malah pada usia lanjut, kini menjadi trend di Taiwan berbanding 10 tahun lepas, lapor agensi berita China Xinhua.

Kira-kira 30.1 peratus wanita yang melahirkan anak pada 2018 berusia lebih 35 tahun, meningkat 16.7 peratus berbanding sedekad lalu, menurut data daripada statistik pulau itu.

Ibu-ibu baharu yang berusia antara 25 dan 29 tahun menyumbang 23.4 peratus daripada jumlah keseluruhan pada 2018, menyaksikan penurunan sebanyak 13 peratus berbanding tahun 2008. – Bernama