Lahir pelajar ada sifat kepimpinan

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Program Kepimpinan Rakan Sebaya Tahun 6 yang disertai seramai 82 orang pelajar Tahun 6, Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) telah melabuhkan tirainya, hari ini, dengan majlis penutup yang berlangsung di salah sebuah hotel di Gadong.

Pada majlis itu, penyampaian sijil kepada para pelajar telah disempurnakan oleh Pengetua SR YSHHB, Hajah Mariam binti Haji Ladi.

Program yang antara lain bertujuan untuk melahirkan pelajar bersifat kepimpinan seterusnya membentuk nilai kerohanian dan murni dalam diri itu diadakan bersempena cuti penggal persekolahan ketiga, yang mana program berkenaan diadakan selama dua hari.

Dalam program berkenaan pelajar membuat kad ucapan terima kasih untuk diberikan kepada ibu bapa sebagai penghargaan atas apa yang telah diberikan kepada mereka. Pada sebelah pagi, para pelajar berkenaan telah mengadakan aktiviti kempen kebersihan di Pantai Muara sebagai salah satu acara program berkenaan.

Salah seorang pelajar menerima sijil tamat program daripada pengetua sekolah.